ANGKATAN WANITA SEDAR PDF

Share this video with your family and friends. Political history of Malaysia Revolvy Brain revolvybrain. Inthe defected chairman of the CPM, Musa Ahmadclaimed that Shamsiah had committed infanticide by killing her third child while in the jungle to avoid capture. Upon their arrival, the family was met by Special Branch officers anfkatan took them to a resort and for about 10 days, they were debriefed and briefed on the local customs and political scenario in Malaysia. From Zedar, the free encyclopedia. Views Read Edit View history.

Author:Mishura Gura
Country:Reunion
Language:English (Spanish)
Genre:Video
Published (Last):7 April 2011
Pages:190
PDF File Size:7.90 Mb
ePub File Size:18.89 Mb
ISBN:796-9-84198-470-9
Downloads:14044
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Faekasa



Atau untuk lebih tegas lagi, biarlah saya sebutkan berdasar kepada kewanitaan dan kerakyat-jelataan. Namanya sederhana, ahli-ahlinya juga terdiri dari wanita-wanita yang cukup sederhana.

Iaitu wanita-wanita yang mempunyai keinginan untuk mencapai tempat alam, sebagaimana yang dikecapi oleh wanita-wanita yang megah bangsawan. Niat mereka membentuk badan pergerakannya itu, bukanlah pula kerana akan bercerai hubung dengan wanita-wanita atau puan-puan bangsawan yang telah bertuah dapat berdendang menikmati kemakmuran yang dilimpah mewahkan Tuhan.

Malah tujuan terbesarnya ialah untuk mencari jalan bagaimana supaya keadaan kejelataan mereka itu dapat dibela oleh mereka sendiri.

Semoga dengan demikian akan sama-sama juga dapat mereka melayakkan diri untuk membantu perjuangan bangsa, kepentingan rakyat dan negeri. Kerana sederhananya keadaan mereka, kerana terlalu mundurnya alam pengetahuan di dada, pun kerana kekurangan dalam serba serbinya, maka alangkah sederhananya pula pertubuhan yang mereka bentuk dengan kesedaran tenaga daya yang sedia-sedianya sahaja.

Untuk bersendirian dalam segala gerak-gerinya, sudah tentu tak mungkin. Maka bersyukurlah wanita-wanita sederhana itu, kerana ada sebuah badan politik rakyat yang mahu memimpin dan menaungi mereka, sehingga rela parti itu menjadikan Angkatan Wanita Sedar tersebut sebagai satu cabang wanita partinya. Parti itu bukanlah lain dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya, yang telah terpaksa dibubarkan pada tahun Terbubarnya PKMM itu, bererti terbubar pulalah AWASnya, maka terpaksalah ahli-ahli wanita pertubuhan tersebut mencari jalan lain untuk mengatur atau untuk memupuk kesedaran yang telah dijiwai mereka selama berada di dalam AWAS dahulu.

Oleh kerana itu tidaklah hairan kalau kini kedapatan banyak bekas-bekas ahli AWAS yang memasuki pertubuhan itu dan ini, kerana memang itulah yang digalakkan oleh PKMM kepada warga-warganya sebelum ia terpaksa dibubarkan kira-kira tujuh tahun yang lampau.

Pada tanggal 31 Ogos ini muncullah Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang Merdeka. Sebagai seorang wanita, gembiralah saya, atau menumpang gembiralah saya, kerana ada juga nampaknya wanita-wanita terkemuka dari bangsa kita, yang sama-sama mengambil peranan mengekori pemimpin-pemimpin memperjuangkan kemerdekaan itu.

Walaupun wanita-wanita itu bukan dari kalangan rakyat jelata agaknya , tetapi penuhlah harapan kita, supaya wanita-wanita terkemuka itu akan penuh dengan jiwa dan perasaan ingin membela wanita-wanita rakyat jelata, yang tentunya terlalu ingin diperbaiki nasibnya, untuk perhatian wanita-wanita terkemuka bangsa kita itu, maka ada baiknya disamping mangalu-alukan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, saya memalingkan ingatan mereka sejenak kepada pertubuhan Wanita Sedar, yang pertubuhannya pada waktu ini sudah tidak didengar lagi.

Bayangkanlah bagaimana keadaan-keadaan yang mungkin pada kira-kira sepuluh tahun yang lampau. Akan tidak dapatlah saya lupakan bagaimana hebatnya segolongan bangsa kita memomokkan pekikkan Merdeka pada waktu itu.

Alangkah mahalnya tenaga segelintir pemimpin-pemimpin yang telah berjaya menggembling jiwa rakyat untuk sedar dan bangun membentuk sesuatu masyarakat yang bebas dan sihat. Tidak pula dapat dirinya saya sendiri khasnya, dan AWAS amnya, melupakan betapa hebatnya suasana yang mungkin dan menghalang pertubuhan Angkatan Wanita Sedar pada kira-kira sepuluh tahun yang lampau.

Namun demikian pun, dibandingkan dengan kerakyat-jelataannya, banyak juga usaha-usaha luar biasa yang yelah dilakukannya. Kalau saya sebut luar biasa di sini, maka itu adalah luar biasa mengikut pengertian wanita jelata. Untuk lebih menjelaskan, ada baiknya dibayangkan sedikit di sini rancangan-rancangan pergerakan Angkatan Wanita Sedar itu, yang antara lain adalah seperti berikut: 1.

Menyedari dan menyusun satu barisan wanita Tanah Melayu yang sefaham untuk membantu mencapai kemerdekaan bangsa dan tanahair. Menyatu-padukan kaum ibu Tanah melayu supaya mengerti akan kewajipan terhadap bangsa dan nusa.

Memperbaiki taraf-taraf kaum ibu Melayu Tanah Melayu, hingga dapat menyamai taraf kaum ibu bangsa asing yang ada di dunia ini. Memperbanyakkan taraf-taraf pelajaran, pergaulan dan membanteras buta huruf di kalangan kaum ibu Malaya. Merapatkan tali persahabatan di antara wanita-wanita Melayu khasnya dan wanita-wanita bangsa asing umumnya, dan lain-lain lagi. Maka dengan tujuan-tujuan tersebut di atas, AWAS bergerak, tetapi kerana pada waktu ini kesedaran pergerakan dalam kalangan wanita Melayu belum begitu tebal dan meluas, maka AWAS sebenarnya telah mendapat banyak tentangan dan dicap wanita pelampau, yang sebenarnya adalah wanita kesatria.

AWAS sebenarnya ingin membentuk satu masyarakat wanita Melayu yang kuat perpaduannya dan tidak kurang maju dari wanita-wanita bangsa asing. Dengan segala kesederhanaannya tetapi dengan semangat bekerja yang berkobar-kobar terus juga ia bergerak sedikit demi sedikit dan dengan jiwa dan semangat yang keraslah maka AWAS telah berhasil membentuk cabang-cabangnya di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Banyak orang salah mengerti tentang gerakan AWAS ini. Maka hari ini, salah pengertian tentang AWAS ini didapati diganti dengan rasa penghargaan. Tetapi hari ini, jika kita tinjau dari segi sejarah perkembangan kemajuan berorganisasi dalam kalangan wanita Melayu, maka salah pengertian tentang AWAS itu dapatlah diganti dengan rasa penghargaan.

Rasa penghargaan bahawa wanita Melayu dengan segala kekurangan dan tenaga dari dalam dan luar masyarakat, telah membuktikan bahawa wanita Melayu itu adalah wanita kesatria yang tidak mahu ketinggalan di samping pejuang-pejuang lelaki walaupun perjuangan itu akan meminta pengorbanan jiwa raganya. Bahawa gerakan AWAS mencerminkan jiwa dan semangat perjuangan wanita Melayu sepuluh tahun yang lalu, adalah suatu hal yang akan tetap menjadi ciptaan semangat perjuangan wanita di masa datang.

AWAS tidak berpaling dari tujuan-tujuannya. Dalam beberapa waktu setelah AWAS terbentuk maka usaha-usaha ke arah pembanterasan buta huruf dalam kalangan wanita Melayu telah dijalankan dan telah membawa hasil yang baik.

Dengan segala kekurangan mata benda, wang, tenaga dan keperluan lainnya, AWAS terus terus juga bergerak ke arah tujuannya. Kongres ini adalah kongres yang amat bersejarah dalam perjuangan wanita sedar Melayu. Walaupun waktu itu perhatian dari sebahagian besar wanita Melayu masih ringan terhadap kongres itu tetapi sambutan para perwakilan dan pemerhati-pemerhati dari seluruh Tanah Melayu sungguh mengharukan.

Suasana dalam kongres itu sungguh sangat sederhana. Kesederhanaan mana bagi wanita jelata tidaklah asing lagi.

Selama tiga hari kongres itu berjalan dengan penuh bersemangat dan wakil-wakil serta pemerhati-pemerhati memajukan kesungguhan hatinya untuk mengabdi pada tanahair. Perancangan-perancangan dalam kongres itu antara lain adalah mengenai penyiasatan keadaan dan kedudukan wanita Melayu seluruhnya di Tanah Melayu dan Singapura; penggabungan dari semua perkumpulan-perkumpulan wanita Melayu yang akan merupakan suatu barisan wanita Melayu dan usaha-usaha memajukan wanita Melayu.

Kalau kita membaca sejarah perjuangan Indonesia, maka terdapatlah pula bahawa di sana pada tahun terjadilah kongres pergerakan wanita Indonesia yang pertama. Tujuan kongres itu adalah sebagai berikut: 1. Mempersekutu cita-cita. Berusaha memajukan perempuan Indonesia. Menggabungkan perkumpulan-perkumpulan wanita. Demikianlah setelah 19 tahun terkebelakang dari wanita-wanita maka pada tahun barulah terjadi kongres pertama wanita Melayu dari Angkatan Wanita Sedar, yang merupakan suatu lukisan sejarah yang tidak dapat dilupakan begitu saja.

Terlihatlah oleh kita bahawa tujuan kongres pertama wanita Indonesia dan wanita Melayu, tidaklah banyak berbeza. Tujuan-tujuan itu menjadi titik permulaan perjuangan kaum wanita kepada tingkat perjuangan yang lebih luas lagi. Siapakah yang akan meneruskan perjuangan untuk memperbaiki dan mempertinggi darjat kaum wanita sendiri.

Berapa macam ketidakadilan yang terdapat dilakukan ke atas kaum wanita, dan begitu jauhnya wanita kita ketinggalan dalam benyak lapangan. Semuanya ini adalah menjadi tenggungjawab kaum wanita. Akan tiba masa nanti bahawa kaum wanita harus dapat berdiri sendiri untuk menjalankan usaha-usaha perjuangan ke arah kemajuan kaum wanita. Juga akan sampai waktu nanti bahawa kaum wanita akan memilih jalan yang tersendiri menghadapi perjuangan ini dan tidak lagi bergantung pada kaum lelaki.

Dalam sebuah perjuangan negara yang telah Merdeka, perjuangan kaum wanita akan bertambah luas lagi dan dengan keinsafan dan kemahuan bekerja, kaum wanita akan dapat memberikan sumbangan yang berguna untuk menyempurnakan pembangunan sebuah negara yang baru Merdeka itu.

Perjuangan Angkatan Wanita Sedar yang telah patah atau dipatahkan oleh darurat, adalah perjuangan wanita Melayu. Jika sepuluh tahun yang lalu wanita Melayu cergas bergerak dan berusaha untuk kepentingan kaum wanita Melayu, sedangkan pada waktu itu tiap pergerakan nasional mendapat tentangan dan tekanan hebat dari pihak pemerintah, maka sudah tentu dalam bahasa negara yang telah Merdeka dan yang memerlukan tenaga tiap warga negara turut aktif dalam pembangunan masyarakat yang bebas dan sihat, wanita Melayu akan lebih giat bekerja menyusun pergerakannya dan akan berusaha berganda-ganda lebih dari apa yang telah pernah dikerjakan oleh pergerakan AWAS di zaman penjajahan sepuluh tahun yang silam.

Mudah-mudahan dapat sepuluh tahun yang akan datang, kita akan sama-sama melihat kemajuan yang meluas dalam kalangan wanita Melayu, kemajuan mana sejak mula telah diimpi-impikan oleh AWAS.

IC-M710 MANUAL PDF

AWAS: Angkatan Wanita Sedar

.

BOUDINEUSE SAVON PDF

Parti Kebangsaan Melayu Malaya

.

Related Articles